Google

Saturday, April 14, 2007

Peranan Wanita Dalam Keluarganya

Di dalam Al-Quran telah ditetapkan, semua penetapan dan perintah ditujukan kepada
kedua pihak, laki-laki dan wanita, kecuali yang khusus bagi salah satu dari keduanya. Maka,
kewajipan bagi kaum wanita di dalam keluarganya ialah menjalankan apa yang diwajibkan
baginya.
Jika dia sebagai anak, kemudian kedua orangtuanya atau salah satunya menyimpang dari
batas yang telah ditentukan oleh agama, maka dengan cara yang sopan dan bijaksana, dia
harus mengajak kedua orangtuanya kembali ke jalan yang baik, yang telah menjadi tujuan
agama, disamping tetap menghormati kedua orangtua.
Wajib bagi setiap wanita (para isteri), iaitu membantu suaminya dalam menjalankan perintah
agama, mencari rezeki yang halal, menerima dan mensyukuri yang dimilikinya dengan
penuh kesabaran, dan sebagainya.
Wajib pula bagi setiap ibu, mengajar anak-anaknya taat kepada Allah, yakni dengan
menjauhi larangan-Nya dan menjalankan perintah-Nya, serta taat kepada kedua
orangtuanya.
Kewajipan bagi setiap wanita terhadap kawan-kawannya yang seagama, iaitu menganjurkan
untuk membersihkan akidah dan tauhidnya dari pengaruh di luar Islam; menjauhi fahamfaham
yang bersifat merosak dan menghancurkan sendi-sendi Islam dan akhlak yang luhur,
yang diterimanya melalui buku, majalah, filem, dan sebagainya.
Dengan adanya tindakan-tindakan di luar Islam, yang ditimbulkan oleh sebahagian kaum
Muslimin terhadap wanita yang kurang bijaksana dan insaf, maka hal inilah yang
menyebabkan terpengaruhnya mereka pada peradaban Barat dan fahaman-fahamannya.
Harus diakui, bahawa hak-hak wanita di sebahagian masyarakat Islam belum diberikan
secara penuh.
Harus diketahui pula, bahawa suara pertama dari kaum wanita dalam menguatkan dakwah
dan risalah Muhammad saw. ialah suara Khadijah binti Khuwailid r.a. kepada Rasulullah
saw.:
"Demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakan engkau sama sekali. Sesungguhnya engkau
bersilaturrahim, menghubungi keluarga dan mengangkat beban berat, memberi kepada
orang yang tidak punyai, menerima dan memberi (menghormati) kepada tamu, serta
menolong orang-orang yang menderita."
Ketika Rasulullah saw. melintasi mereka, dan melihat mereka dalam keadaan disiksa, lalu
Rasulullah saw. berkata kepada mereka, "Sabarlah wahai Al-Yasir, sesungguhnya kita nanti
akan bertemu di syurga."
Keterangan: Artikel ini merupakan artikel lepas yang ditulis oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi.

Peranan Wanita Pada Masa Nabi Muhammad saw.

Adapun peranan wanita pada masa hidupnya Nabi Muhammad saw. yang kita kenal ialah
yang memelihara Nabi saw, iaitu Aminah ibu beliau; yang menyusuinya, Halimah As-Saâ
€™diyah; dan yang menjadi hadina (pengasuh) bagi beliau, Ummu Aiman r.a. dari
Habasyah.
Nabi saw. telah bersabda, "Bahawa dia adalah ibuku setelah ibuku sendiri."
Kemudian kita kenal Siti Khadijah binti Khuwailid r.a, wanita pertama yang beriman dan
membantunya, Siti Aisyah, Ummu Salamah, dan lain-lainnya, dari Ummahaatul Mukminiin
(ibu dari kaum Mukmin), isteri-isteri Nabi, dan isteri-isteri para sahabat Rasulullah saw.
Aktiviti Wanita Masa Kini
Sebenarnya, usaha (kiprah) kaum wanita cukup luas meliputi berbagai bidang, terutama
yang berhubung dengan dirinya sendiri, yang diselaraskan dengan Islam, dalam segi akidah,
akhlak dan masalah yang tidak menyimpang dari apa yang sudah digariskan atau ditetapkan
oleh Islam.
Wanita Muslimat mempunyai kewajipan untuk memperkuat hubungannya dengan Allah dan
menyucikan fikiran serta wataknya dari sisa-sisa pengaruh fikiran Barat.
Harus mengetahui cara menangkis serangan-serangan kebatilan dan syubuhat terhadap
Islam.
Harus diketahui dan disedari hal-hal yang melatarbelakanginya, mengapa dia harus
menerima separuh dari bahagian yang diterima oleh kaum laki-laki dalam masalah hak
waris? Mengapa saksi seorang wanita itu dianggap separuh dari laki-laki? Juga harus
memahami hakikatnya, sehingga iman dan Islamnya bersih, tiada keraguan lagi yang
menyelimuti benak dan fikirannya.
Dia harus menjalankan secara keseluruhan mengenai akhlak dan perilakunya, sesuai
dengan yang dikehendaki oleh Islam. Tidak boleh terpengaruh oleh sikap dan perilaku wanita
non-Muslim atau berfahaman Barat. Kerana mereka bebas dari fikiran dan peraturanperaturan
sebagaimana yang ada pada agama Islam. Mereka tidak terikat pada perkara halal
dan haram, baik dan buruk.
Ramai diantara kaum wanita yang meniru mereka secara buta, misalnya memanjangkan
kuku yang menyerupai binatang buas, pakaian mini, tipis (transparan), atau setengah
telanjang, dan sebagainya. Cara yang demikian itu adalah meniru orang yang buta akan halhal
terlarang.
Nabi saw. telah bersabda:
"Janganlah kamu menjadi orang yang tidak mempunyai pendirian dan berkata, ‘Aku ikut
saja seperti orang-orang itu. Jika mereka baik, aku pun baik; jika mereka jahat, aku pun jadi
jahat.’ Tetapi teguhkan hatimu dengan keputusan bahawa jika orang-orang melakukan
kebaikan, maka aku akan mengerjakannya; dan jika orang-orang melakukan kejahatan,
maka aku tidak akan mengerjakan.

Thursday, April 12, 2007

Peranan Wanita Muslimah

Jika kita membaca Al-Qur’an, maka dapat kita ketahui bahawa penciptaan Nabi
Adam as. bersamaan dengan ibu Hawa, yang berfungsi sebagai isteri dan kawan hidup
beliau. Kita mengetahui kisah isteri Fir’aun, yang dapat mencegah Fir’aun dalam
niatnya untuk membunuh Nabi Musa as. Sebagaimana tercantum dalam firman Allah swt.: â
€oeDan berkatalah isteri Fir’aun, ‘(Ia) biji mata bagiku dan bagimu. Janganlah kamu
membunuhnya, mudah-mudahan dia bermanfaat bagi kita atau kita pungut menjadi anak,
sedangkan mereka tidak menyedari.â€ı (Q.s. Al-Qashash: 9).
Kita simak kisah dimana ada dua wanita di kota Madyan, keduanya putri Asy-Syekh Al-Kabir,
yang diberi air minum oleh Nabi Musa as. Kemudian kedua wanita tersebut mengusulkan
kepada ayahnya, supaya memberi pekerjaan kepada Nabi Musa as. kerana beliau memiliki
amanah (dapat dipercaya) dan fizikalnya kuat. Sebagaimana yang tertera dalam firman Allah
swt.:
'Salah seorang dari kedua wanita itu berkata, ˜Wahai Bapaku, ambillah dia sebagai
orang yang bekerja (kepada kita), kerana sesungguhnya orang yang terbaik, yang kamu
ambil untuk bekerja (kepada kita) ialah orang yang kuat dan dapat dipercayaâ'ı (Q.s.
Al-Qashash: 26).
Kita semak lagi kisah ratu Balqis di negeri Yaman, yang terkenal adil dan memiliki jiwa
demokrasi. Ratu ini setelah menerima surat dari Nabi Sulaiman as. yang isinya seruan untuk
taat kepada Allah dan menyembah kepada-Nya, lalu dia meminta pendapat kepada
kaumnya dan bermusyawarah untuk mengambil sebuah keputusan bersama.
Firman Allah swt.:
â€oeBerkata dia (Balqis), ‘Hai para pembesar, berilah aku pertimbangan dalam urusanku
(ini), aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majlis
(ku).’
Mereka menjawab, ‘Kita adalah orang-orang yang memiliki kekuatan dan (juga) memiliki
keberanian yang luar hiasa (dalam peperangan), dan keputusan berada di tanganmu; maka
pertimbangkanlah yang akan kamu perintahkan’.â€ı (Q.s. An-Naml: 32-33).
Kemudian dia berkata, sebagaimana yang telah difirmankan Allah swt.:
â€oeSesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri nescaya mereka
membinasakannya, dan menjadikan penduduknya yang mulia menjadi hina; dan demikian
pulalah yang akan mereka perbuat.â€ı (Q.s. An-Naml: 34).
Kesimpulan dari pendapat ratu tersebut ialah bahawa penguasa-penguasa di dunia ini jika
mereka hendak menguasai suatu negeri, maka mereka akan merosak dua hal, iaitu merosak
negara dan moral penduduknya.
Oleh kerana itu, di dalam Al-Qur’an telah disebutkan nama-nama wanita selain wanitawanita
yang tersebut di atas, yang ada hubungannya dengan kisahnya masing-masing.
Misalnya, ibu Nabi Isa as, Maryam Al-Batul.
Peranan Wanita Pada Masa Nabi Muhammad saw.
Adapun peranan wanita pada masa hidupnya Nabi Muhammad saw. yang kita kenal ialah
yang memelihara Nabi saw, iaitu Aminah ibu beliau; yang menyusuinya, Halimah As-Saâ
€™diyah; dan yang menjadi hadina (pengasuh) bagi beliau, Ummu Aiman r.a. dari
Habasyah.
Nabi saw. telah bersabda, "Bahawa dia adalah ibuku setelah ibuku sendiri."
Kemudian kita kenal Siti Khadijah binti Khuwailid r.a, wanita pertama yang beriman dan
membantunya, Siti Aisyah, Ummu Salamah, dan lain-lainnya, dari Ummahaatul Mukminiin
(ibu dari kaum Mukmin), isteri-isteri Nabi, dan isteri-isteri para sahabat Rasulullah saw.
Aktiviti Wanita Masa Kini
Sebenarnya, usaha (kiprah) kaum wanita cukup luas meliputi berbagai bidang, terutama
yang berhubung dengan dirinya sendiri, yang diselaraskan dengan Islam, dalam segi akidah,
akhlak dan masalah yang tidak menyimpang dari apa yang sudah digariskan atau ditetapkan
oleh Islam.
Wanita Muslimat mempunyai kewajipan untuk memperkuat hubungannya dengan Allah dan
menyucikan fikiran serta wataknya dari sisa-sisa pengaruh fikiran Barat.
Harus mengetahui cara menangkis serangan-serangan kebatilan dan syubuhat terhadap
Islam.
Harus diketahui dan disedari hal-hal yang melatarbelakanginya, mengapa dia harus
menerima separuh dari bahagian yang diterima oleh kaum laki-laki dalam masalah hak
waris? Mengapa saksi seorang wanita itu dianggap separuh dari laki-laki? Juga harus
memahami hakikatnya, sehingga iman dan Islamnya bersih, tiada keraguan lagi yang
menyelimuti benak dan fikirannya.
Dia harus menjalankan secara keseluruhan mengenai akhlak dan perilakunya, sesuai
dengan yang dikehendaki oleh Islam. Tidak boleh terpengaruh oleh sikap dan perilaku wanita
non-Muslim atau berfahaman Barat. Kerana mereka bebas dari fikiran dan peraturanperaturan
sebagaimana yang ada pada agama Islam. Mereka tidak terikat pada perkara halal
dan haram, baik dan buruk.
Ramai diantara kaum wanita yang meniru mereka secara buta, misalnya memanjangkan
kuku yang menyerupai binatang buas, pakaian mini, tipis (transparan), atau setengah
telanjang, dan sebagainya. Cara yang demikian itu adalah meniru orang yang buta akan halhal
terlarang.
Nabi saw. telah bersabda:
"Janganlah kamu menjadi orang yang tidak mempunyai pendirian dan berkata, ‘Aku ikut
saja seperti orang-orang itu. Jika mereka baik, aku pun baik; jika mereka jahat, aku pun jadi
jahat.’ Tetapi teguhkan hatimu dengan keputusan bahawa jika orang-orang melakukan
kebaikan, maka aku akan mengerjakannya; dan jika orang-orang melakukan kejahatan,
maka aku tidak akan mengerjakan."

Tuesday, April 10, 2007

MAHAR ( MAS KAHWIN ) MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

1. Definisi Mahar
Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut
dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd.
Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh
suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan )
1984 menyatakan “ mas kahwin “ bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar
di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan
diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai
hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’,
dapat dinilai dengan wang.
Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman
Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4 :
“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu
sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu
sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai
nikmat yang baik lagi lazat “
Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nisa ayat 24:
“ Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya ( setelah dia
menjadi isteri kamu ) maka berikanlah mereka maharnya ( ajr ) sebagai satu ketetepan yang
difardhu ( diwajibkan oleh Allah Taala )”
Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri.
Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri
serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga
merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.
Walau bagaimanapun mahar tidaklah termasuk di antara rukun-rukun nikah atau
syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju bernikah tanpa
menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan
membayar mahar misil ( yang sepadan ). Ini berdasarkan satu kisah yang berlaku pada
zaman Rasulullah s.a.w. di mana seorang perempuan telah berkahwin tanpa disebutkan
maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum sempat bersama
dengannya ( melakukan persetubuhan ) lalu Rasulullah mengeluarkan hukum supaya
perempuan tersebut diberikan mahar misil untuknya.

2. Pemberian Mahar
Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah, isteri
berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah. Manakala dalam mazhab Syafi’e
pula diwajibkan mahar bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi juga
dengan persetubuhan. Sekiranya akad nikah tersebut fasid ( tidak sah ), suami tidak
wajib memberi mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.

3. Mas Kahwin Dan Pemberian Menurut Peruntukan Undang-Undang Keluarga
Islam Mengikut peruntukan seksyen 21 ( 1 ) dan ( 2 ) dalam Akta Undang-Undang
Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 ( Akta 303 ) berbunyi seperti berikut :

(1) Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya
kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan
perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.

(2) Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap perkahwinan yang hendak
didaftarkan olehnya, menentu dan merekodkan :-
a) nilai dan butir-butir lain mas kahwin;
b) nilai dan butir-butir lain pemberian;
c) nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian mas kahwin atau pemberian
atau kedua-duanya yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada
masa akadnikah itu, dan tarikh yang dijanjikan untuk penjelasan; dan
d) butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan mas kahwin atau
pemberian.

4. Kadar Mahar
Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam
menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan
semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam
menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu
tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar
mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya :
" اعظم النساء برآة أيسرهن مؤنة "
Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang
perbelanjaan ( mahar ).
( Riwayat Ahmad dan al-Hakim )

Walau bagaimanapun suami boleh memberikan mahar yang tinggi kepada isteri
berdasarkan kepada ayat al-Quran dalam surah al-Nisa’ ayat 20 :
“ Kamu telah memberikan kepada salah seorang daripada mereka harta yang banyak “
Di Malaysia pemberian mahar diberikan oleh suami kepada isteri dalam bentuk
wang ringgit yang kadarnya berbeza dari satu negeri dengan negeri yang lain.

5. Jenis Mahar
a. Mahar Musamma
Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah
seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini.
Ulama’ telah bersepakat bahawa mahar musamma wajib dibayar oleh suami
apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut :-

1) Berlakunya persetubuhan di antara suami isteri.

2) Kematian salah seorang di antara mereka sama ada suami atau isteri.

b. Mahar Misil ( mahar yang sepadan )
Mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah.
Sekiranya berlaku keadaan ini, mahar tersebut hendaklah diqiaskan ( disamakan )
dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya di kalangan keluarganya sendiri
seperti adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau ibu saudaranya.
Sekiranya tiada, maka diqiaskan pula dengan mahar perempuan-perempuan lain yang
setaraf dengannya dari segi kedudukan dalam masyarakat dan sekiranya tiada juga,
terpulang kepada suami berdasarkan kepada adat dan tradisi setempat.
Selain daripada itu terdapat perkara-perkara lain yang perlu diambil kira dalam
menentukan mahar misil iaitu dari sudut rupa paras, kekayaan, keadaan setempat,
keagamaan , ketakwaan, keilmuan, kecerdasan fikiran , keluhuran budi serta status
perempuan tersebut sama ada gadis atau janda dan perkara-perkara yang boleh
dijadikan penilaian. Ini kerana kadar mahar berbeza dengan berbezanya sifat-sifat
di atas.

6. Mendapat Separuh Mahar Atau Tidak Berhak Mendapat Langsung
Sebagaimana yang kita sedia maklumi , apabila berlakunya suatu akad nikah
yang sah, maka wajib bagi suami membayar mahar kepada isteri sama ada berupa
mahar musamma atau pun mahar misil kerana ia merupakan hak isteri.
Walau bagaimanapun terdapat keadaan yang menyebabkan isteri hanya berhak
mendapat separuh sahaja daripada mahar tersebut atau pun tidak mendapat apa -apa
mahar langsung daripada suami iaitu :-
a) Isteri hanya mendapat separuh sahaja daripada mahar apabila
berlakunya perceraian sebelum persetubuhan. Ini berdasarkan kepada firman Allah
Taala dalam surah al-Baqarah ayat 237 :
“ Dan jikalau kamu menceraikan mereka itu ( isteri-isteri ) sebelum kamu menyetubuhi
mereka walhal kamu telah menetapkan mahar kepada mereka, maka diwajibkan ( bayarannya )
separuh daripada yang kamu tetapkan kecuali jika mereka sendiri memaafkan atau orang yang
mempunyai kuasa perwalian memaafkannya “
Ayat di atas menyatakan bahawa sekiranya mahar isteri telah disebutkan ketika
akad nikah dan berlakunya penceraian sebelum persetubuhan, maka suami hanya wajib
membayar separuh sahaja daripada mahar tersebut. Tetapi sekiranya mahar tidak
disebut ketika akad nikah, suami wajib membayar mahar misil kepada isteri.
Menurut pendapat Imam Syafi’e dan Imam Malik sekiranya berlaku perceraian
sebelum persetubuhan, suami hanya wajib membayar separuh sahaja mahar kepada
isteri sama ada mahar tersebut disebut semasa akad nikah atau sebaliknya.
b) Isteri tidak berhak langsung untuk mendapat pemberian mahar daripada
suami apabila berlakunya perceraian disebabkan fasakh ( dari pihak isteri ) sebelum
berlakunya persetubuhan.

7. Kesimpulan
Mahar adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas
tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab
suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk menggembira dan
menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani
kehidupan bersama suami.

Mendirikan Masjid


Masjid adalah antara syiar Islam yang pertama diwujudkan. Justeru, sepanjang sejarah Islam, pembinaan masjid tidak pernah diabaikan oleh pemerintah, samada pada zaman Rasullah atau zaman pemerintahan Islam seterusnya.

Kedudukan masjid sebagai syiar Islam membawa erti yang lebih jauh daripada hanya sebagai tempat beribadat, masjid adalah tempat bermulanya segala kegiatan ummah. Di situlah mereka beribadat, mengadakan upacara pernikahan, kelas pendidikan, bermesyuarat, menganjur aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya.

Oleh yang demikian masjid adalah tempat berlangsung kegiatan dunia dan akhirat. Di sinilah tempat tumpuan mukmin yang ingin mencari keredhaan Allah.

Begitu luas dan mantap konsep mendirikan masjid kerana ia adalah rumah Allah. Dari sini terbitnya phrasa 'Mendirikan Masjid' dihubungkan dengan konsep 'Membina rumahtangga' atau ringkasnya berkahwin atau bernikah secara sah.

Perkahwinan satu ibadah. Petikan daripada Buku bertajuk 'MUTIARA PERKAHWINAN' menjelaskan bahawa perkahwinan itu satu ibadah. Lelaki dan wanita berniat berkahwin kerana ingin menjaga kesucian diri daripada melakukan zina dan meramaikan jumlah umat Muhammad s.a.w dengan kelahiran anak-anak soleh yang akan menjadi pendakwah dan pejuang dijalan Allah. Perkahwinan juga adalah satu cara untuk memperbaiki akhlak dan budi pekerti. Ia cara yang berguna untuk menjaga kebahagiaan umat dari kerosakan daan kemerosotan akhlak.

Selain itu perkahwinan juga berguna untuk menjaga keselamatan individu daripada pengaruh kerosakan masyarakat kerana kecenderungan nafsu. Ini dapat dipenuhi melalui perkahwinan yang sah dan hubungan yang halal. Seseorang yang ingin berkahwin perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan mengenai perkahwinan termasuk sosial, emosi, perhubungan ummah, hukum, ilmu dunia dan akhirat demi kebahagiaan, kerukunan dan pembentukan keluarga Islam yang lebih baik, teratur dan sempurna mengikut lunas-lunas Hukum Islam.

PERSIAPAN PERKAHWINAN


Kebanyakan pasangan bakal pengantin tidak menitikberatkan soal persiapan untuk menghadapi hari bahagia mereka. Rata-rata bagi mereka urusan itu diserahkan 100 peratus kepada ahli keluarga atau mak andam yang ditempah. Inilah antara punca di mana ada sesetengah pasangan pengantin yang tidak berpuas hati dengan majlis perkahwinan mereka. Sepatutnya, pasangan pengantin ini, perlu meluangkan masa untuk merancang keseluruhan majlis serta kelancarannya. Majlis perkahwinan ini penting, kerana ia hanya hadir sekali dalam hidup pasangan tersebut.
Seeloknya, sebaik sahaja cincin pertunangan disarungkan di jari manis wanita idaman, kedua-dua pihak bolehlah menyediakan persiapan untuk majlis perkahwinan secara berperingkat-peringkat. Jangan tangguhkan persiapan perkahwinan, kerana dikhuatiri masalah-masalah lain akan timbul. Biarpun tempoh perkahwinan yang telah ditetapkan oleh kedua-dua belah pihak masih jauh lagi, misalnya dua atau tiga tahun akan datang, tetapi persiapan perkahwinan harus dimulakan. Paling tidakpun, anda perlu merancang jumlah perbelanjaan yang akan digunakan dalam majlis itu nanti.

Senaraikan segala barangan dan perkhidmatan yang diperlukan untuk majlis tersebut. Apa yang anda perlukan dan idamkan, perlulah dicatit supaya tidak tercicir dalam saat anda hampir menjadi raja sehari.

Dewasa ini, anda amat bertuah kerana anda boleh mendapatkan informasi perkahwinan di merata-rata media, terutamanya majalah. Terdapat beberapa majalah yang khusus untuk pasangan pengantin. Ia merangkumi tips, hantaran, pakaian, pelamin, kad jemputan dan sebagainya. Selain itu, anda boleh merujuk kepada butik-butik yang menawarkan perkhidmatan runding bagi majlis perkahwinan.

Jurunikah atau 'tok kadi' merupakan orang yang paling penting dalam memastikan anda 'diijab kabulkan' dengan selamat, teratur dan lancar. Anda perlu mencari jurunikah ini lebih awal kerana dikhuatiri mereka telah ditempah oleh pasangan lain, pada tarikh yang sama.

Apabila menyentuh soal kenduri, pastikan kaedah mana yang ingin digunakan, sama ada menggunakan khidmat katering atau memasak sendiri. Jika anda memilih katering, tempahan hendaklah dibuat seawal mungkin. Jangan menyerahkan segala-galanya kepada katerer dalam soal menu, kerana selain kelancaran majlis, tetamu yang hadir juga menilai menu yang dihidangkan. Sebaiknya berbincanglah dengan katerer berkenaan, menu yang sesuai dengan suasana majlis anda dan pastikan ia berpatutan dan mencukupi. Anda juga boleh menempah katerer yang lain jika dirasakan tidak sesuai.

Bagi mereka yang lebih selesa memasak sendiri, pastikan menu yang ingin dihidangkan dan senaraikan segala bahan yang diperlukan. Perkara penting yang harus dititkberatkan juga ialah tenaga kerja yang akan membantu anda untuk bergotong-royong. Tenaga kerja perlulah mencukupi dan sediakanlah sedikit wang, bagi menghargai bantuan dan pertolongan mereka.

Tempahan khemah juga hendaklah dibuat lebih awal. Hal ini kerana penggunaan khemah mempunyai permintaan yang tinggi. Selain itu tujuannya bagi memastikan ia dapat didirikan pada masanya. Semasa memilih khemah, pastikan ia mempunyai kipas bagi memastikan keselesaan tetamu yang hadir.

Kad jemputan memainkan peranan dalam menentukan jumlah tetamu yang dijemput menghadiri majlis anda. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk kad jemputan di pasaran. Anda hanya perlu pilih yang sesuai dan senada dengan warna pelamin atau baju pengantin anda. Apa yang penting ialah, pastikan cetakan nama anda dan pasangan anda serta alamat betul. Jika tidak segeralah membuat pembetulan.

Bagi mereka yang ingin mengelakkan pembaziran dan menghadkan perbelanjaan, bolehlah sertakan sekali kad jawapan di dalam kad jemputan anda. Bagi mereka yang akan hadir, mereka akan menghantar semula kad jawapan tersebut, berserta bilangan orang yang akan hadir ke majlis anda. Dengan itu, anda bolehlah merangka perbelanjaan anda. Tetapi awas, ada juga tetamu yang tidak menghantar semula kad jawapan tersebut, tetapi hadir ke majlis anda.

Mungkin anda pernah menghadiri majlis perkahwinan di mana kompangnya dimainkan melalui kaset atau cakera padat. Apa yang anda dapat rasakan ketika itu? Tentunya majlis itu kurang meriah. Bagi mengelakkan situasi itu, anda perlulah menempah pasukan kompang dengan lebih awal.

Bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan mak andam, perlulah menempah mereka lima atau enam bulan lebih awal. Pilihlah mak andam yang bersesuaian, bagi memastikan penampilan anda sebagai raja sehari benar-benar memuaskan. Anda boleh meminta mereka menyolek anda (sebagai percubaan), agar solekan mereka memuaskan hati anda dan mampu menaikkan seri wajah anda.

Selain perkhidmatan solekan, mak andam juga biasanya mempunyai set pelamin dan baju pengantin. Jadi anda berpeluang memilih pelamin dan baju yang bersesuaian dengan citarasa anda. Anda juga boleh meninjau di butik-butik pengantin yang menyediakan fesyen terkini atau kontemporari, yang mungkin lebih menarik perhatian anda.


Seperti yang kita sedia maklum, majlis seumpama ini dilakukan sekali seumur hidup. Bagi memastikan kenangan itu terus terpahat di hati, anda bolehlah menempah jurufoto atau jurukamera untuk merakamkan detik-detik manis anda bersama. Elakkan daripada meminta saudara-mara anda yang merakamkan gambar-gambar anda kerana mungkin ia kurang berkualiti. Bagi mendapatkan hasil yang berkualiti, pilihlah jurufoto atau jurukamera yang pakar dalam bidang mereka, ini bagi memastikan detik manis anda bersama suami atau isteri sentiasa di ingatan.

Jadikanlah majlis raja sehari anda, majlis yang diingati oleh semua tetamu yang hadir. Kelancaran dan kemeriahan majlis adalah penting, dengan itu rancangkan sebaik mungkin majlis yang anda inginkan. Semoga berjaya dan selamat pengantin baru.

Perkahwinan adalah satu ibadah

Dari sudut Islam, perkahwinan adalah satu ibadah. Kerana ia ibadah yang disyariatkan oleh Islam, maka ia harus dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Pelaksanaan secara sempurna adalah satu tuntutan agama. Oleh itu ulamak telah menulis dan menjelaskan dengan panjang lebar dalam hal ini dalam kaya-karya mereka yang terdapat dalam pasaran.

Perkahwinan adalah merupakan satu ibadah suci yang termaktub dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi. Dalam perkahwinan itu sendiri mengandungi banyak hikmah dan keistimewaan. Maka sesiapa yang mampu melaksanakannya dengan sempurna, maka ia dan pasangannya akan mendapat ganjaran.


Dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untuk mu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya; dan dijadikannya antara kamu rasa kasih sayang."

Maka jelas sekali bahawa tujuan perkahwinan itu bukan untuk seronok-seronok atau sekadar melepaskan rangsangan hawa nafsu, tetapi ialah untuk melahirkan pertalian kasih sayang bagi kedua pasangan. Kasih sayang di sini ialah kasih sayang yang sejati dan abadi, dari usia muda sampai ke usia tuanya.

Dari sudut syara', hukum berkahwin itu terbagi kepada empat kategori: wajib, sunat, haram dan mubah. Setiap kategori ada sebab-sebab dan asas-asasnya tersendiri. Ia jadi wajib, kalau sesaorang itu sudah mampu (fizikal, material dan spiritual), dan takut terjerumus kelembah perzinaan kalau ia tidak berkahwin. Ia jadi sunat, kalau sesaorang itu mampu dan dalam waktu yang sama ia mempu menahan diri dari melakukan perzinaan, maka ketika itu baginya adalah lebih baik berkahwin dari membujang. Ia menjadi haram, kalau tujuan berkahwin itu semata-mata untuk balas dendam atau untuk menyakiti orang lain. dan ia menjadi mubah, kalau sesaorang itu tidak berhalangan untuk berkahwin sedangkan hawa nasfunya tidak kritikal untuk melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama.

Kalau kedua-dua pasangan suami-isteri itu dapat memahami konsep ibadah dalam perkahwinan, maka sudah tentu masalah rumahtangga tidak timbul. Kerana setiap pasangan itu sentiasa berusaha memenuhi kehendak-kehendak dan tuntutan-tuntutan ibadah. Di antara tuntutan ibadah dalam perkahwinan ialah kesetiaan, iltizam, tanggungjawab, kasih sayang, hormat menghormati, bela membela, amanah, jujur, ikhlas dan sebagainya.


Dalam sebuah hadith, Baginda Rasulallah pernah bersabda yang bermaksud:

"Bahawa dua rekaat solat orang yang beristeri adalah lebih baik daripada tujuh puluh rekaat solat orang bujang".

Dengan kata lain, beristeri itu mendapat ganjaran dan pahala yang berlipat ganda berbanding dengan ibadah seorang bujang. Hikmahnya jelas sekali, ketika melakukan ibadah seorang yang sudah beristeri adalah lebih mantap dan tenang serta lebih khusuk. Atas asas inilah maka ibadah orang beristeri itu lebih baik dan lebih rewarding.

Dunia perkahwinan adalah dunia tanggungjawab dan iltizam yang berterusan, dari sebelum mendapat anak kepada sampai mendapat cucu-cicit. Di mana setiap pasangan diwajibkan menunaikan tugas masing-masing sehingga melahirkan rumahtangga yang aman damai dan bahagia.


Dalam sebuah hadith lain Baginda Rasulallah bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan, serta menutup aurat dan taat kepada suami, maka berhaklah ia masuk ke syurga dari mana-mana pintu syurga yang disukainya."


Dalam surah An-Nur ayat 26, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan baik; perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Sebaliknya, lelaki yang jahat adalah untuk perempuan-perempuan yang jahat: perempuan-perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat pula."

Ringkasnya, kalau satu-satu pasangan itu berjaya memahami dan mengamalkan konsep ibadah dalam perkahwinan, maka kebahagiaan dan ketenteraman hidup itu boleh dicapai. Kerana konsep ibadah itu ialah konsep hidup bersih. Bersih lahir dan bersih batin. Tidak ada ibadah yang berasaskan kekotoran hati atau hasad. Inilah keindahan Islam bagi kehidupan manusia berumahtangga, berkeluarga, dan bermasyarakat.

Dari: DR. SOBRI SALAMON, Dec. 28, 2002.